Yayasan ZARA telah diperbadankan pada 7 November 2012  dibawah akta syarikat 1965 dengan no pendaftaran 742536-U. Yayasan ZARA merupakan sebuah syarikat tanpa modal saham dan liablitinya terhad kepada jaminan oleh lembaga pengarah Yayasan ZARA. Manakala kawasan operasinya adalah seluruh negeri di Malaysia dan juga diperingkat antarabangsa. Yayasan ZARA telah diasaskan oleh Ybhg Datuk Hjh Zaitun Bt Ab Rahman seorang usahawan yang berjaya dan juga aktivis masyarakat yang sering melaksanakan kerja-kerja kebajikan di seluruh negara.

Hasrat kami adalah untuk mengintegrasikan dan meningkatkan pencapaian sosio ekonomi bagi tujuan mempaksikan kerja-kerja kebajikan, kemasyarakatan, pendidikan, latihan, kemahiran dan perusahaan. Sokongan daripada pihak kerajaan, sektor korporat dan penubuhan NGO adalah sangat diharapkan. Yayasan ZARA juga ingin memberikan tumpuan bagi meningkatkan sosio ekonomi golongan wanita khususnya, golongan B40 dan kebajikan golongan yang memerlukan bagi meningkatkan kesejahteraan kehidupan keluarga dan kecemerlangan diri individu disamping melaksanakan kebajikan seperti membantu mangsa bencana alam, mala petaka dan golongan ibu tunggal, anak yatim serta warga emas.

Yayasan Zara akan menjadi pemangkin pembangunan masyarakat dan membantu kerajaan dalam memberi peluang, latihan, bimbingan yang berkesan ke arah mempercepatkan lagi pencapaian objektif  dan pembangunan sosio ekonomi masyarakat ke arah  negara maju dan membantu mempercepatkan pertumbuhan ekonomi negara. Kami juga akan mengembeling dan mewujudkan sinergi secara tersusun dan komprehensif dengan mewujudkan hubungan yang aktif bersama pelbagai pihak.